Wednesday, July 15, 2009

izinku pergi

sinaran mata
cerita segalanya
duka, lara terpendam
memori semalam

tinggal segala cinta
tiada kembalinya
abadi kasih kita
ku bawa bersama

mimpi indah mekar
saat cinta bersemi
sedetik asmara
syurga selamanya

pergilah rinduku
hilangkan dirimu
tak sanggup menanggung
derita dikalbuku
pergilah sayang
bermula semula
semangat cintaku
membara kerana dia
tiada niatku

tersemat jiwa
setia bersamanya
cinta murni berdua
beribu tahunnya

maafkan daku duhai kekasih
izinkan ku pergi

Melodi : Azlan Abu Hassan
Lirik : Sulu Sarawak

Tuesday, April 21, 2009

Terus mengejar impian



Idamanku....... april 2009.........
Teruskan perjuangan.... jangan mengalah.....
Semoga berjumpa dipuncak kejayaan.......



Sunday, March 15, 2009

The Greatest Money-Making Secret from Millionaire

Pasti anda tertarik hendak mengetahui rahsia ini kan. Tajuk ini adalah petikan dari salah sebuah buku yang berjaya menarik minat aku untuk membacanya. Buku yang bertajuk "Tarik Kekayaan dengan Kuasa Minda" tulisan Amar Mahmood. Buku yang setebal 94 muka surat ini adalah sebagai asas atau permulaan bagi membentuk minda individu yang baru timbul keinginan hendak berjaya menjadi kaya....
Apa yang menarik perhatian saya setelah membaca buku ini adalah sedikit cerita dalam bab 22 yang mana tajuknya adalah seperti yang diatas. Dalam bab ini penulis ingin berkongsi dengan pembaca beberapa artikel yang telah beliau kumpul dan baca berkenaan jutawan-jutawan moden yang mungkin kita tidak ketahui, antaranya :-

1. Bill Gates
Siapa tak kenal dengan individu terkaya di dunia, dimana nilai kekayaannya sehingga tahun 2006 adalah RM185 billion. Beliau menerajui firma microsoft yang terkenal di dunia.Bill Gates mula menumpukan pada kebajikan pada tahun 1994 setelah ibunya meninggal dunia. Yayasan Gates ditubuhkan pada yahun 2000 merupakan platform bagi Gates dan isterinya menyalurkan bantuan kepada individu-individu yang memerlukan. Gates menyatakan hasratnya mendermakan 95% daripada kekayaannya bernilai AS50 billion (RM180 billion) kepada yayasannya . ' Bagi kami, usaha kebajikan tidak ubah sepertipelaburan. Manfaatnya jauh lebih besar walaupun tidak dapat dilihat dalam masa terdekat.' (Bill Gates).

2. Waren Buffett
Ini pula kisah individu yang pada asalnya dikenali dengan sikap kedekut, namun menjadi tumpuan ramai apabila mengumumkan sumbangan yang dibuat pada Yayasan Gates bagi memerangi kemiskinan, meningkatkan pendidikan dan mencari penawar penyakit seperti malaria, TB,Polio dan Aids di Amerika Syarikat dan negara dunia ketiga. Sumbangan yang dibuat adalah yang terbesar dan meletakkan Yayasan Gates sebagai badan kebajikan persendirian terkaya di dunia. Beliau sanggup mengenepikan ketiga-tiga anaknya dengan menyumbang kepada kebajikan. ' Saya tidak percaya kepada konsep kekayaan secara warisan, apatah lagi memikirkan ada 6 billion orang miskin yang mampu berubah nasibnya jika menerima sumbangan kebajikan ini. Saya berpegang kepada kata-kata, lelaki yang mati berharta amat memalukan. Dia perlu menderma sebelum menutup mata buat kali terakhir.' (Warren Buffett).

Dari kisah ini teringat saya kisah Rasulullah sebelum kemangkatan baginda yang pernah diceritakan oleh Ustaz dulu, Rasulullah telah meminta Aisyah supaya mengambilkan untuk Baginda seuncang wang emas dalam simpanan Baginda. Bila ditanya oleh Aisyah untuk apa wang ini ya Rasulullah?..
dan Baginda pun menjawab, sedekahkanlah kesemua wang emas in kepada fakir miskin yang berada diluar sana. Oleh kerana kesakitan baginda telah tidak sedarkan diri selepas itu. Aisyah yang terlalu kasihkan baginda terus menjaga baginda yang sedang sakit dan terlupa kepada amanat Baginda tadi. Setelah Baginda kembali sedar Baginda bertanya kepada Aisyah tentang wang emas tersebut samaada ia telah disedekahkan, dan Aisyah pun menjawab maaf ya Rasulullah saya terlupa akannya... dengan linangan air mata, Rasulullah berkata " Bagaimana aku hendak pergi bertemu Allah dengan seuncang wang emas masih berada dalam rumahku"....


Dalam hadis yang direkodkan oleh Anas bin Malik, Nabi Muhammad berkata,

" Allah menciptakan bumi, maka bumi pun bergetar.
Lalu Allah ciptakan gunung dengan kekuatan yang diberikan kepadanya, ternyata bumi pun terdiam. Para Malaikat hairan pada penciptaan gunung itu. Kemudian Malaikat bertanya, ' Wahai Tuhan, adakah sesuatu dalam penciptaanMu yang lebih kuat dari gunung?'
Allah menjawab, Ada, iaitu besi.'
Para malaikat kembali bertanya, Wahai Tuhan, adakah sesuatu dalam penciptaanMu yang lebih kuat dari besi?'. Allah menjawab, ' Ada iaitu api'. Para Malaikat bertanya lagi, 'Wahai Tuhan, adakah sesuatu penciptaanMu yang lebih kuat dari api?' Allah menjawab, 'Ada iaitu air'. ' Wahai Tuhan, adakah sesuatu penciptaanMu yang lebih kuat dari air?' tanya Malaikat.
Allah pun menjawab, 'Ada iaitu angin.' Akhirnya Malaikat bertanya lagi, ' Wahai Tuhan, adakah sesuatu penciptaanMu yang lebih daripada semua itu?' Allah menjawab, ' Ada, iaitu amal anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetehui."

Sunday, March 8, 2009

Kegagalan & Kemenangan

Kegagalan bukan bermakna saya sudah gagal, ia bermakna saya belum lagi berjaya. Kegagalan bukan bermakna saya tidak mencapai apa-apa, ia bermakna saya telah pelajari banyak perkara. Kegagalan bukan bermakna saya telah diperbodohkan, ia bermakna saya ada keyakinan yang kuat untuk mencuba sesuatu yang baru. Kegagalan bukan bermakna saya telah diaibkan, ia bermakna saya berani meneroka sesuatu yang baru. Kegagalan bukan bermakna saya tidak mendapat apa-apa kejayaan, ia bermakna saya perlu lakukan sesuatu dengan cara yang lain. Kegagalan bukan bermakna martabat saya telah tercemar, ia bermakna saya bukanlah sempurna. Kegagalan bukanlah bermakna saya telah membazir hidup saya, ia bermakna ia bermakna saya ada alasan untuk memulakan kehidupan yang baru. Kegagalan bukan bermakna saya perlu menyerah kalah, ia bermakna saya mesti berusha lebih kuat lagi. Kegagalan bukan bermakna saya tidak mungkin akan berjaya, ia bermakna saya perlu banyak bersabar. ORANG YANG TIDAK PERNAH GAGAL ADALAH MEREKA YANG TIDAK PERNAH BERBUAT APA-APA.....

Monday, January 19, 2009

Dah setahun dah....




Pejam celik, pejam celik dah setahun dah berlalu kenangan masa kursus post basik DMMX G8/08. Tapi kenangan semasa dalam kursus tu tak pernah hilang dari ingatan, mana taknya macam-macam yang berlaku semasa kursus 6 bulan tu... Kawan baru pun ramai mana taknya semuanya mai dari seluruh malaysia, sarawak pun ada.... mmmm lawak pun ada kalau diingatkan semula kenangan tu.. masa orentasi lak tah sape tah gatal2 g calon nama aku jadi penghulu... nak marah tak tau sape.... tapi tak pe sekurang-kurangnya aku tak payah buat kerja teruk... hehehe cuma bg arahan je....(jangan marah).Masa dikelas mak ai macam pasar je... tapi aku x kisah kalau En. Cheah marah semua kna marah hahhaa. Tapi En. Cheah ok je dgn kami, tah dia dah malas nk tgr kot...dalam ramai2 tu lama2 dah rapat kami buat group2, bukan apa senang nk pantau geng2 yg nakal2 nie... ada group "sengal" yg ni ketuanya si alien.. memang sengal pn... kah3...... tapi dialah kawan yang jenis x kisah.... hari tu aku tgh tensen gila dia dgn selambe je bg kaunseling kat aku..... berair je telinga aku dgr "talk" hari tu, tapi bagus gak sebab dari "talk" yg dia bg kat aku tu buat aku sedar dari kebengongan pada masa tu.... x rugi ada kawan cam si alien tu.... Last2 g main boling kat pacific alor star.. tu la tmpt kami lepak.. Ada lagi satu geng yang tak kurang hebatnya dgn cerita2 hampeh,geng ni dinamakan geng "berus"... Nama ni diberikan pun sebab dari cerita2 hampeh 2 lah...hmmm macam2 ada.....Tah la macam2 cerita kalau aku cerita kat sini tah brapa page tah kena guna..... sampaila pada 14 januari 2008 adalah hari terakhir kami bersama, sebab tempoh 6 bulan tu dah tamat... kami buat jamuan hari tu kira grand gak la suasana warna warni menghiasi ruang dewan malam tu... sedondon-dondon.... majlis perpisahan la kan.... Sedih la jugak masa tu tapi nak buat mcm mana setiap pertemuan pasti ada perpisahan,..... yg penting kami akan tetap terus berhubung..... Kat sini saya nak ucapkan tahniah kat semua geng pbsc DMMX,G8/08 atas kejayaan kita semua mengharungi cabaran ini hingga tanat kursus..... Kita akan terus berhubung dan korang adalah kawan yang baik dan bertuah aku dapat kawan mcm korang..... Semoga kita akan berjumpa lagi di lain masa...Dan kpd En. Cheah Penyelaras kursus.. terima kasih atas tunjuk ajar yang telah diberikan.... maaf atas segala kesilapan yang telah kami lakukan.......

Wednesday, December 31, 2008

Selamat Tahun Baru 2009


Cepat lak rasanya masa berlalu, dah masuk tahun 2009..... dah meningkat umur lagi setahun... Apa azam baru tahun nie ek...? azam thn lepas pun tah x tecapai lagi.... Tapi tak pe .... lupakan azam yang lepas, nk mula dengan azam tahun nie, tahun nie, azam aku.... mmmm... aku nak berubah, nak berubah cara hidup, nak ubah nasib atau pun pendek kata nk berubah kepada yang lebih baik lagi..... Nak kena kerja lebih keras tahun nie... nak lebih serius dalam bisness disamping kerja seharian.... Sebab itulah azam aku tahun nie, Sebab "tak ada sesiapa yang akan mengubah nasib kita melainkan kita sendiri yang berusha mengubahnya"......Nampak gambar kete tu.... mm tu la kete impian aku tahun nie...
SEMOGA BERJUMPA DI PUNCAK KEJAYAAN....

Tuesday, December 30, 2008

hek-eleh......................



ini nyamuk.....mmmm tau kan.... walaupun kecik tapi boleh bawa penyakit yang merbahaya... pkpkpkpk