Apa yang menarik perhatian saya setelah membaca buku ini adalah sedikit cerita dalam bab 22 yang mana tajuknya adalah seperti yang diatas. Dalam bab ini penulis ingin berkongsi dengan pembaca beberapa artikel yang telah beliau kumpul dan baca berkenaan jutawan-jutawan moden yang mungkin kita tidak ketahui, antaranya :-
1. Bill Gates
Siapa tak kenal dengan individu terkaya di dunia, dimana nilai kekayaannya sehingga tahun 2006 adalah RM185 billion. Beliau menerajui firma microsoft yang terkenal di dunia.Bill Gates mula menumpukan pada kebajikan pada tahun 1994 setelah ibunya meninggal dunia. Yayasan Gates ditubuhkan pada yahun 2000 merupakan platform bagi Gates dan isterinya menyalurkan bantuan kepada individu-individu yang memerlukan. Gates menyatakan hasratnya mendermakan 95% daripada kekayaannya bernilai AS50 billion (RM180 billion) kepada yayasannya . ' Bagi kami, usaha kebajikan tidak ubah sepertipelaburan. Manfaatnya jauh lebih besar walaupun tidak dapat dilihat dalam masa terdekat.' (Bill Gates).
2. Waren Buffett
Ini pula kisah individu yang pada asalnya dikenali dengan sikap kedekut, namun menjadi tumpuan ramai apabila mengumumkan sumbangan yang dibuat pada Yayasan Gates bagi memerangi kemiskinan, meningkatkan pendidikan dan mencari penawar penyakit seperti malaria, TB,Polio dan Aids di Amerika Syarikat dan negara dunia ketiga. Sumbangan yang dibuat adalah yang terbesar dan meletakkan Yayasan Gates sebagai badan kebajikan persendirian terkaya di dunia. Beliau sanggup mengenepikan ketiga-tiga anaknya dengan menyumbang kepada kebajikan. ' Saya tidak percaya kepada konsep kekayaan secara warisan, apatah lagi memikirkan ada 6 billion orang miskin yang mampu berubah nasibnya jika menerima sumbangan kebajikan ini. Saya berpegang kepada kata-kata, lelaki yang mati berharta amat memalukan. Dia perlu menderma sebelum menutup mata buat kali terakhir.' (Warren Buffett).
Dari kisah ini teringat saya kisah Rasulullah sebelum kemangkatan baginda yang pernah diceritakan oleh Ustaz dulu, Rasulullah telah meminta Aisyah supaya mengambilkan untuk Baginda seuncang wang emas dalam simpanan Baginda. Bila ditanya oleh Aisyah untuk apa wang ini ya Rasulullah?..
dan Baginda pun menjawab, sedekahkanlah kesemua wang emas in kepada fakir miskin yang berada diluar sana. Oleh kerana kesakitan baginda telah tidak sedarkan diri selepas itu. Aisyah yang terlalu kasihkan baginda terus menjaga baginda yang sedang sakit dan terlupa kepada amanat Baginda tadi. Setelah Baginda kembali sedar Baginda bertanya kepada Aisyah tentang wang emas tersebut samaada ia telah disedekahkan, dan Aisyah pun menjawab maaf ya Rasulullah saya terlupa akannya... dengan linangan air mata, Rasulullah berkata " Bagaimana aku hendak pergi bertemu Allah dengan seuncang wang emas masih berada dalam rumahku"....
Dalam hadis yang direkodkan oleh Anas bin Malik, Nabi Muhammad berkata,
" Allah menciptakan bumi, maka bumi pun bergetar.
Lalu Allah ciptakan gunung dengan kekuatan yang diberikan kepadanya, ternyata bumi pun terdiam. Para Malaikat hairan pada penciptaan gunung itu. Kemudian Malaikat bertanya, ' Wahai Tuhan, adakah sesuatu dalam penciptaanMu yang lebih kuat dari gunung?'
Allah menjawab, Ada, iaitu besi.'
Para malaikat kembali bertanya, Wahai Tuhan, adakah sesuatu dalam penciptaanMu yang lebih kuat dari besi?'. Allah menjawab, ' Ada iaitu api'. Para Malaikat bertanya lagi, 'Wahai Tuhan, adakah sesuatu penciptaanMu yang lebih kuat dari api?' Allah menjawab, 'Ada iaitu air'. ' Wahai Tuhan, adakah sesuatu penciptaanMu yang lebih kuat dari air?' tanya Malaikat.
Allah pun menjawab, 'Ada iaitu angin.' Akhirnya Malaikat bertanya lagi, ' Wahai Tuhan, adakah sesuatu penciptaanMu yang lebih daripada semua itu?' Allah menjawab, ' Ada, iaitu amal anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetehui."